Perutusan Menteri

PERUTUSAN OLEH YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke Laman Web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Di zaman era teknologi maklumat dan digital yang semakin pesat berkembang, kewujudan laman web ini boleh menjadi platform penyampaian informasi yang berkesan, seterusnya memberi manfaat berterusan kepada pengguna. Kementerian ini akan sentiasa komited dalam memainkan peranan dan tanggungjawabnya agar dasar dan polisi kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik, seterusnya memastikan kesejahteraan rakyat sebagai suatu keutamaan. Akhir sekali, menjadi satu harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan sebagai landasan akses informasi berkaitan Kementerian dalam membantu menyediakan perkhidmatan dan maklumat kepada masyarakat dan komuniti setempat. Sekian

YANG BERHORMAT DATUK SERI PANGLIMA HAJI MASIDI BIN MANJUN
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.


Dikemaskini Pada :

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi