Bahagian Teknologi Maklumat

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat, merupakan salah satu bahagian di Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang mengurus perancangan dan hal-ehwal ICT di Kementerian dan Agensi di bawahnya. Kakitangan bahagian ini adalah terdiri daripada staf teknikal IT dari skim F(Sistem Maklumat) yang merupakan perkhidmatan gunasama dari Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri(JPKN). Kakitangan gunasama teknikal IT juga dikenali sebagai Kumpulan Sokongan IT(KSIT) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Digital ‘Chief Digital Officer’.

Visi

Peneraju dan rujukan utama dalam mengawal selia transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, khususnya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ke arah kerajaan digital menjelang 2025.

Misi

Memberikan Perkhidmatan ICT yang cemerlang serta mesra rakyat untuk kemakmuran Negeri Sabah

Objektif

Mendukung agenda pembangunan Negeri khususnya dalam agenda transformasi Kerajaan Digital dalam konteks Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Moto

"PROFESIONALISMA TERAS KEUNGGULAN"

Piagam Pelanggan

Memberikan layanan perkhidmatan dengan hormat, tepat, mesra, adil dan tanpa prasangka kepada pelanggan utama kami iaitu:-
• Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Agensi di bawahnya.
• Pembekal
yang mematuhi standard kualiti penyampaian perkhidmatan seperti berikut:-

(1) Konsultansi Perolehan Sistem Komputer
• Tindakan Kajian Kesauran atau maklumbalas tindakan – 7 hari bekerja selepas menerima permohonan.
• Laporan Kajian Kesauran – 7 hari bekerja setelah menjalankan Kajian Kesauran yang lengkap dan
• mengemukakan kepada JPKN untuk proses selanjutnya.

(2) Meja Bantuan ICT
• Menyelesaikan masalah teknikal berkaitan ICT yang diterima – 7 hari bekerja sekiranya perkakasan dan peralatan yang diperlukan tersedia ada dan boleh digunakan.
• Menyediakan laporan penyelesaian masalah teknikal berkaitan perkhidmatan rangkaian sistem komputer – 30 hari bekerja selepas permohonan diterima.

(3) Perkhidmatan Multimedia
• Memberikan perkhidmatan Multimedia serta-merta mengikut keutamaan.

(4) Pembangunan Sistem Aplikasi
• Perbincangan pembangunan – 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pembangunan sistem.
• Menyiapkan deraf laporan kajian kesauran pembangunan sistem – 25 hari bekerja selepas mendapat dokumen dan maklumat kengkap daripada pelanggan.
• Menyiapkan pengemaskinian laporan kajian kesauran pembangunan sistem – 21 hari bekerja dari tarikh perbincangan bersama Ahli Jawatankuasa Pembangunan Sistem.
• Memaklumkan pelanggan mengenai status tindakan – 14 hari bekerja selepas menerima permohonan pindaan mengenai pembangunan sistem.

(5) Respon Insiden dan Forensik
• Mengambil tindakan pembersihan dan pemulihan kepada peralataan (PC) yang terlibat.

(6) Khidmat Konsultansi Keselamatan ICT
• Memberikan khidmatn nasihat yang berkesan – Dalam tempoh 3 hari berkerja selepas menerima permohonan.

Fungsi

1. PERANCANGAN PENGKOMPUTERAN
• Merancang keperluan peruntukan ICT.
• Merancang keperluan perolehan prasarana ICT.
• Merancang dan melaksanakan kajian keperluan perolehan ICT.
• Merancang dan melaksanakan pengkomputeran.
• Memberikan perkhidmatan konsultansi pengkomputeran.

2. PEMBANGUNAN SISTEM APLIKASI
• Merancang dan melaksanakan kajian kesauran sistem aplikasi.
• Mengurus pelaksanaan pembangunan sistem aplikasi.
• Mengancang penambahbaikan sistem aplikasi sedia ada.
• Mengurus dan melaksanakan ujian sistem aplikasi. • Mengurus dan melaksanakan latihan sistem aplikasi.
• Mengurus dan melaksanakan operasi sistem aplikasi 'system rollout'.
• Merancang dan melaksanakan pembangunan laman web/portal.

3. PENYELENGGARAAN ICT
3.1 Penyelenggaraan Peralatan ICT
• Mengurus dan melaksanakan penyelenggaraan peralatan ICT.
• Memberikan khidmat sokongan dan pemulihan peralatan ICT.

3.2 Penyelenggaraan Rangkaian
• Mengurus dan melaksanakan penyelenggaraan peralatan rangkaian.
• Memberikan khidmat sokongan terhadap akses rangkaian.

3.3 Penyelenggaraan Aplikasi Sistem
• Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi.
• Memberikan khidmat konsultasi operasi sistem aplikasi.
• Mengurus penyelenggaraan website.
• Memberikan khidmat konsultansi pembangunan website.

3.4 Penyelenggaraan Perisian
• Melaksanakan instalasi dan 'OS pattern update' kepada peralatan ICT.
• Melaksanakan instalasi antivirus dan lain-lain yang berkaitan.
• Melaksanakan instalasi perisian baharu.

4. PERKHIDMATAN MULTIMEDIA
• Memberikan perkhidmatan konsultasi multimedia.
• Menyediakan perkhidmatan multimedia.

5. KESELAMATAN ICT
• Melaksanakan pemantauan akses ke rangkaian.
• Merancang dan melaksanakan pematuhan keselamatan ICT.
• Merancang dan melaksanakan kempen kesedaran keselamatan ICT.
• Merancang dan melaksanakan pengurusan pemulihan.
• Membantu melaksanakan ‘digital forensic’.

6. LATIHAN ICT
• Mengurus dan merancang keperluan latihan ICT.
• Mengurus dan melaksanakan latihan ICT.

7. PENGURUSAN ASET ICT
• Mengurus inventori perisian dan peralatan ICT perolehan JPKN.
• Menyelaras pelaksanaan dan pematuhan pekeliling e-Waste.

Direktori

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Tingkat 10 Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman, Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu.
No Telefon : 088-328000
No. Faks : 088-383172

...
Pegawai Teknologi Maklumat
Adrian Sikajat
Adrian.Sikajat@sabah.gov.my
...
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Nathanael Isaac Nicholas
nathanael.nicholas@sabah.gov.my
...
Juruteknik Komputer
Mohd Fazlan Mohd Faizal
MohdFazlan.MohdFaizal@sabah.gov.my

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.


Dikemaskini Pada :

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi