Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal

Visi

KKTP bertekad menyediakan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lestari, bersepadu, cekap, berkesan dan kos efektif.

Misi

KKTP akan sentiasa meningkatkan mutu pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam melalui penggubalan dasar, strategi, pelan tindakan dan perundangan.

Fungsi

• Merancang dan menggubal dasar/strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam oleh PBT;
• Mengkoordinasikan dengan PBT serta agensi yang berkaitan mengenai isu persekitaran, pengurusan sisa pepejal, dan pembersihan awam yang melibatkan PBT dan agensi yang berkaitan;
• Memantau dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan persekitaran, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dilaksanakan oleh PBT dan agensi yang berkaitan;
• Menyelaras penyelidikan berkaitan dengan persekitaran dan pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh agensi/konsultan;
• Menyelaras kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak swasta bagi melicinkan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
• Menganjurkan kursus-kursus yang diperlukan untuk Pegawai Kesihatan Persekitaran PBT; dan Menyediakan SOP yang berkaitan dengan tugas pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;

Direktori

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Tingkat 5,
Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman,Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu.
No Telefon : 088-328000
No. Faks : 088-383172

...
Ketua Pengurusan Sisa Pepejal
Nor Isham Narawi
Norisham.Narawi@sabah.gov.my
...
Penolong Jurutera
Mohd Helmi bin Mohd Borhan
MohdHelmi.MohdBorhan@sabah.gov.my
...
Penolong Jurutera
Mohd Faeiz bin Paulus
-

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.


Dikemaskini Pada :

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi