Bahagian Inspektorat

Visi

Kearah mewujudkan sistem pemantauan yang berkesan dan berterusan dengan berteraskan nilai-nilai murni untuk meningkatkan imej dan integriti kementerian khasnya Pihak Berkuasa Tempatan.

Misi

1) Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan dikendalikan dengan cekap, teratur dan berkesan;
2) Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan mampu mengawal aktiviti perniagaan pusat hiburan dan lain-lain jenis perniagaan yang membawa impak yang positif kepada perkembangan sosial dan penjanaan pendapatan PBT;
3) Memastikan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam dikuatkuasakan dengan cekap dan secara profesional;
4) Memastikan aduan awam dikendalikan dengan teratur dan disusuli dengan tindakan pembetulan sejajar dengan dasar kementerian untuk menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan agar lebih cekap, responsif dan mesra pelanggan;
5) Membantu menyelaras dan menyediakan sumber insan yang terlatih, cekap dan berkesan dalam melaksanakan pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan.

Fungsi

• Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan PBT di dalam mengawal aktiviti premis perniagaan pusat hiburan dan lain-lain perniagaan dan memastikan tindakan undang-undang diambil terhadap peniaga yang didapati melakukan pelanggaran sebagai langkah mengelakkan kehilangan hasil PBT dan masalah sosial;
• Memantau penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan perancangan, pembangunan, kebersihan dan kesihatan awam;
• Membantu Pengawal Perumahan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan di bawah Enakmen Perumahan (Kawalan Dan Pelesenan Pemaju-Pemaju) 1978;
• Mengenalpasti segala kepincangan atau kelemahan dalam pengurusan aktiviti penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan dan seterusnya mengambil tindakan serta langkah-langkah bagi membantu meregularisasi dan memperbaikinya;
• Mengkaji dan mengumpul bahan-bahan yang boleh membantu di dalam penggubalan atau penyemakan semula undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan khususnya yang berkaitan dengan premis perniagaan, bangunan, kebersihan dan kesihatan awam mengikut keadaan semasa;
• Mengkaji keupayaan Unit Penguatkuasa PBT dengan mengambilkira kekuatan tenaga kerja, keperluan pengetahuan dan kemahiran kerja, keperluan peralatan, keperluan lojistik dan prestasi kewangan.

Direktori

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan,
Tingkat 10,
Wisma Innoprise,
Jalan Sulaman,Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu.
No Telefon : 088-328000
No. Faks : 088-383172

...
KPSU(I)
Mariati binti Mastor
Mariati.Mastor@sabah.gov.my
...
Pegawai Penguatkuasa
Amir Bin Haji Sualin
Amir.Sualin@sabah.gov.my
...
Pembantu Penguatkuasa
Mohd Sabdin Ab. Kirah
MohdSabdin.AbKirah@sabah.gov.my
...
Pembantu Penguatkuasa
Mohd Zaki Bin Awaljari
MohdZaki.Awaljari@sabah.gov.my
...
Pembantu Penguatkuasa
Ardy Mustal
-

Hak Cipta Terpelihara © 2020 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.


Dikemaskini Pada :

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi