Latar Belakang

PENGENALAN

Kerajaan Tempatan merupakan “Kerajaan Peringkat Ketiga” dalam struktur Persekutuan di Malaysia. Kerajaan Tempatan di Sabah ditubuhkan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961 (No. 11) berkuatkuasa pada 1hb. Januari 1962 di bawah GN No. 134 bertarikh 15 November 1961.Selepas pilihanraya Majlis Undangan Negeri 1963, pentadbiran Kerajaan Tempatan diwujudkan berasingan daripada urusetia dengan pewujudan Kementerian Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1967, Kementerian ini dikenali sebagai Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

    PERKEMBANGAN KERAJAAN TEMPATAN DI NEGERI SABAH :

  • 1931 : ‘Sanitary Boards’ (SB) diperkenalkan di Jesselton, Sandakan, Tawau dan Labuan iaitu sebahagian daripada pejabat-pejabat daerah.


  • 1954 : SB diasingkan daripada pejabat Majlis Daerah bagi penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar (MDLB) / Lembaga Bandaran (LB) dibawah ‘Municipalities and Urban Authorities Ordinance 1954.


  • 1961 : Kedudukan MDLB dan LB diperbaiki di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (OKT).
    FUNGSI:

  • 1. Pentadbiran Kerajaan Tempatan


  • 2. Pengawalan Pembangunan Perumahan


  • 3. Perancangan Bandar dan Desa


  • 4. Pentadbiran Hal Ehwal Anak Negeri
    PUNCA KUASA:

  • 1. Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah No.11 of 1991)


  • 2. Ordinan Perancangan Bandar dan Desa 1950 (Cap. 141)


  • 3. Ordinan Tafsiran (Definisi Anak Negeri) (Sabah Cap.64)


  • 4. Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 (No.3 of 1992)


  • 5. Ordinan Hiburan Awam 1958 (No. 23) (Sabah No.23 of 1958)


  • 6. Rent Control (Business premises) Enactment 1960


  • 7. Ordinan Kesihatan Awam 1960 (Sabah No.7 of 1960)


  • 8. Ordinan Anjing 1960 (Sabah No.24 of 1960)


  • 9. Enakmen Perumahan (Pengawalan dan Pelesenan Pemaju-Pemaju Perumahan)1978 (Sabah No.24 of 1978)


  • 10. Enakmen Penguasa Pembangunan Perumahan dan Bandar 1981 (Sabah No.20 of 1981)


Hak Cipta Terpelihara © 2020 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.


PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana
menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.


Dikemaskini Pada :

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi